BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011


assalamualaikum
harini aku nk bercuti sekejap,
kelmarin exam final programming, harini cuti la kan sehari,
sekejap lagi dalam pukul 12 kitorang nak gi sentul jap..
nak survey barang-barang moto...sebagai persediaan nak konvoi balik kampung 11 hb Januari 2012
moga dipermudahkan semua perancangan
"sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan"
ok la kawan-kawan, aku nak bersiap-siap dulu,
assalamualaikum

assalamualaikum
sekarang dah masuk 31hb Disember 2011..
dalam masa 23 jam dan 45 minit lagi, kita akan memasuki tahun 2012, 
dan aku masih meneruskan misi aku, tidak rela melihat blog ini dibiarkan begitu sahaja..
ini la nama dia kerja last minit..
aku pun tak tahu kenapa aku bersemangat benar untuk cukupkan post aku untuk tahun ini..
aku seperti tidak rela melihat post tahun ini tidak mencukupi..
aku tidak rela melihat blog yang aku telah bina ini, 
usang
berhabuk
bersawang
kerana aku sayang blog ini..
namun, selama ni aku sibuk, maafkan aku,
dalam kesibukan itu, hati aku masih terdetik untuk meng'update'kan kamu..
aku tidak menjanjikan post yang banyak, namun aku akan berusaha memberikan apa yang terbaik
assalamualaikum

mood:sedih

Friday, December 30, 2011

"masa, masa, masa yang berlalu tidak akan kembali"


assalamualaikum..
dalam masa tidak sampai 20 minit lagi, kita akan memasuki 31hb Disember 2011..
masih 2011, tapi hati ini berat kerana terlalu masa berlalu,
malah, kebanyakan masa aku dihabiskan dengan sia-sia...
pernah terbaca dari status FB dari kawan aku, aku pun tak berapa nak ingat sangat, 
tapi berbunyi lebih kurang begini la
"tiada apa yang disesali oleh penduduk syurga melainkan masa yang berlalu tanpa zikir"
Itu penduduk syurga, siapalah aku ini, hanya hamba yang hina..
kita tidak akan menyedari betapa berharga sesuatu itu melainkan ia hilang dari diri kita..
pepatah melayu mengibaratkan
"masa itu emas"
bagi menunjukkan betapa berharganya emas..
betapa cepatnya masa berlalu, sehingga aku pun sudah meningkat dewasa,
tergalas sama tanggungjawab, sebagai seorang insan biasa, sebagai anak, sebagai suami dan bapa pelajar...
aku berharap dengan kehadiran tahun baru hijrah dan tahun baru masihi ni, diri ini dapat menguruskan masa dengan baik, sesuai dengan hak badan, hak rohani, dan hak2 sebagai insan.
assalamualaikum

Wednesday, December 28, 2011

"misi diteruskan"

assalamualaikum.
nampakya apa yang aku nyatakan pada post awal tahun ni hampir berlaku..

aku semakin terlupa kepada blog ini..walaupun aku sekarang dilanda musim peperiksaan akhir semester, aku akan tetap meneruskan misi aku...tidak kira sependek mana pun post aku, tidak kira tidak semenarik mana pun post aku..aku akan tetap post juga..haha..apa la yang aku merepek..ni mesti sebab study terlebih masa ni, tak pun sebab dah mengantuk, tiba-tiba teringat pula kat blog yang tidak ter'update' ni...kita sudah mula mendekati tahun 2012, baru sekejap rasa tahun 2011 memulakan harinya, kini kita di penghujung tahun...sedar tak sedar, jangka hayat kita pun semakin pendek, semoga kita dimurahkan rezeki untuk hidup...amiin ya Allah...sudah lewat sekarang, aku rasa aku patut tidur dahulu, esok kena bangun awal-awal untuk study...insyaAllah..selamat malam dan 
assalamualaikum

Monday, September 5, 2011

"Maaf Zahir Batin"

Assalamualaikum, kawan-kawanku, hari raya sudah mula berlabuh, kenderaan-kenderaan mula pulang ke ibu kota, dan seperti biasa la, aku akan kebosanan macam biasa.


Tapi, aku rasa belum terlewat untuk aku mengucapkan Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog ni andai ada sesetengah tulisan dalam blog ni dh mengguris perasaan kamu semua.

Minggu ni macam-macam Aznil hal terjadi, tapi takpelah, orang cakap, takde hal lah..hehe
Minggu ni ada perkara yg menggembirakan, ada perkara yg menyedihkan.
Biasalahkan, hidup ni macam roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih.
Tapi perkara sebegini la yg banyak menyedarkan aku tentang beberapa penting dalam hidup aku yg selama ni aku pandang remeh.
Alhamdulillah, aku diberi peringatan sebelum benda yg lebih teruk terjadi. Kadang-kadang kita didatangkan dengan masalah, agar kita cari penyelesaiannya, dan ambil iktibar daripadanya.

"Kadang-kadang Allah datangkan Hujan & Petir, kita tertanya-tanya ke mana perginya Matahari, rupa-rupanya Allah nak datangkan Pelangi yg indah untuk kita"
Dan daripada pepatah di atas, sempena bulan Ramadhan yg lepas, aku gubah satu lagi kata-kata.
"Kadang-kadang Allah datangkan Panas & Haba, kita tertanya-tanya ke mana perginya Awan, rupa-rupanya Allah nak berikan Malam yg indah dengan bintang kepada kita"
Ok lah kawan-kawan, nanti post yg akan datang, aku akan ceritakan pula tentang apa yg aku cuba perkatakan di atas ni.

assalamualaikum.....
 
 

Tuesday, March 1, 2011

"Stressnye Akuuu"

Assalamualaikum semua,

Akhirnya terupdate jgk blog ni kan,

Aku bukannya tak nak update blog ni sebenarnya,
tapi sibuk, nak wat camne kan???

Lepas mid sem, kuiz plak berlambak2,
terpaksa la study kan, kalau tak study tidak dapat result yang
'warna beterbangan' la kan..
Kadang-kadang sebab stress sangat ada la jugak terbangun pkul 3 4 pagi,
mula2 fikir nak exam, tapi fikir mengantuk, tido balik la,
ish, kuat sungguh nafsu tido ni, mengalahkan fobia exam.

Tapi dalam sibuk2 kuiz, sempat jugak la aku memanjat bukit broga,
hoho, hebat tak,
kenal tak bukit broga???
bukit broga mmg lawa wa cakap lu,
sekali pergi mesti nak pergi lagi, tak puas rasenye,
nanti ada masa aku post plak pasal bukit broga,

ok, wa pergi dulu,
assalamualaikum


Tuesday, January 4, 2011

"Segmen Kami Blogger Baru"

Assalamualaikum

Hari ni aku nak sertai satu segmen yg dipanggil
"Segmen Kami Blogger Baru" dari blog Amzar
Kalau x salah aku, ni lah segmen pertama aku masuk
Dulu org tag aku pun aku x pernah kisah pun
Tapi dulu laen, sekarang laen
Thank kepada Faris CJ kerana tag aku

Then, kalau mengikut segmen ni aku kena tag 3 org blogger
Jadi aku nak tag 3 org sahabat blogger lame aku
Che Nati

Sudi-sudikanlah diri anda untuk tag ini

Then blog yang selalu aku bukak tiap hari adalah rahsia sebab blog politik
hehe
Tapi ada satu blog yang selalu aku bukak time free
Blog ni santai je

chow...zufff

Monday, January 3, 2011

"T@hUn B@rU M3nJ3l@nG SuD@h"


Assalamualaikum
Sedar tak sedar sudah masuk tahun baru rupenye
Haish!
Sedar tak sedar jugak tahun ni blog aku dh nk genap 2 tahun dah
Nak sedar camne..blog pn tak bukak
Blog ni dah berkulat, berhabuk, bersawang, berbulu dah
Ni dah masuk tahun baru dah ni, mesti azam pn kna baru kan?
Azam aku tuk tahun 2011 dalam dunia blogger ni ialah
jeng, jeng, jeng
Ialah nak kurangkan lebihkan lagi post aku dlm blog
berbanding post tahun sebelum ni
Yela, korang tengok la blog archive aku tu
2009-16 posts
2010-15 posts
2011-14 posts??
Oh tidakkk!!!!
Jadi azam aku tahun ni nak naikkan jumlah post aku
Cepat 'wish'kan aku selamat berjaya!!!!