BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 5, 2011

"Maaf Zahir Batin"

Assalamualaikum, kawan-kawanku, hari raya sudah mula berlabuh, kenderaan-kenderaan mula pulang ke ibu kota, dan seperti biasa la, aku akan kebosanan macam biasa.


Tapi, aku rasa belum terlewat untuk aku mengucapkan Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog ni andai ada sesetengah tulisan dalam blog ni dh mengguris perasaan kamu semua.

Minggu ni macam-macam Aznil hal terjadi, tapi takpelah, orang cakap, takde hal lah..hehe
Minggu ni ada perkara yg menggembirakan, ada perkara yg menyedihkan.
Biasalahkan, hidup ni macam roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih.
Tapi perkara sebegini la yg banyak menyedarkan aku tentang beberapa penting dalam hidup aku yg selama ni aku pandang remeh.
Alhamdulillah, aku diberi peringatan sebelum benda yg lebih teruk terjadi. Kadang-kadang kita didatangkan dengan masalah, agar kita cari penyelesaiannya, dan ambil iktibar daripadanya.

"Kadang-kadang Allah datangkan Hujan & Petir, kita tertanya-tanya ke mana perginya Matahari, rupa-rupanya Allah nak datangkan Pelangi yg indah untuk kita"
Dan daripada pepatah di atas, sempena bulan Ramadhan yg lepas, aku gubah satu lagi kata-kata.
"Kadang-kadang Allah datangkan Panas & Haba, kita tertanya-tanya ke mana perginya Awan, rupa-rupanya Allah nak berikan Malam yg indah dengan bintang kepada kita"
Ok lah kawan-kawan, nanti post yg akan datang, aku akan ceritakan pula tentang apa yg aku cuba perkatakan di atas ni.

assalamualaikum.....