BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011


assalamualaikum
harini aku nk bercuti sekejap,
kelmarin exam final programming, harini cuti la kan sehari,
sekejap lagi dalam pukul 12 kitorang nak gi sentul jap..
nak survey barang-barang moto...sebagai persediaan nak konvoi balik kampung 11 hb Januari 2012
moga dipermudahkan semua perancangan
"sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan"
ok la kawan-kawan, aku nak bersiap-siap dulu,
assalamualaikum

assalamualaikum
sekarang dah masuk 31hb Disember 2011..
dalam masa 23 jam dan 45 minit lagi, kita akan memasuki tahun 2012, 
dan aku masih meneruskan misi aku, tidak rela melihat blog ini dibiarkan begitu sahaja..
ini la nama dia kerja last minit..
aku pun tak tahu kenapa aku bersemangat benar untuk cukupkan post aku untuk tahun ini..
aku seperti tidak rela melihat post tahun ini tidak mencukupi..
aku tidak rela melihat blog yang aku telah bina ini, 
usang
berhabuk
bersawang
kerana aku sayang blog ini..
namun, selama ni aku sibuk, maafkan aku,
dalam kesibukan itu, hati aku masih terdetik untuk meng'update'kan kamu..
aku tidak menjanjikan post yang banyak, namun aku akan berusaha memberikan apa yang terbaik
assalamualaikum

mood:sedih

Friday, December 30, 2011

"masa, masa, masa yang berlalu tidak akan kembali"


assalamualaikum..
dalam masa tidak sampai 20 minit lagi, kita akan memasuki 31hb Disember 2011..
masih 2011, tapi hati ini berat kerana terlalu masa berlalu,
malah, kebanyakan masa aku dihabiskan dengan sia-sia...
pernah terbaca dari status FB dari kawan aku, aku pun tak berapa nak ingat sangat, 
tapi berbunyi lebih kurang begini la
"tiada apa yang disesali oleh penduduk syurga melainkan masa yang berlalu tanpa zikir"
Itu penduduk syurga, siapalah aku ini, hanya hamba yang hina..
kita tidak akan menyedari betapa berharga sesuatu itu melainkan ia hilang dari diri kita..
pepatah melayu mengibaratkan
"masa itu emas"
bagi menunjukkan betapa berharganya emas..
betapa cepatnya masa berlalu, sehingga aku pun sudah meningkat dewasa,
tergalas sama tanggungjawab, sebagai seorang insan biasa, sebagai anak, sebagai suami dan bapa pelajar...
aku berharap dengan kehadiran tahun baru hijrah dan tahun baru masihi ni, diri ini dapat menguruskan masa dengan baik, sesuai dengan hak badan, hak rohani, dan hak2 sebagai insan.
assalamualaikum

Wednesday, December 28, 2011

"misi diteruskan"

assalamualaikum.
nampakya apa yang aku nyatakan pada post awal tahun ni hampir berlaku..

aku semakin terlupa kepada blog ini..walaupun aku sekarang dilanda musim peperiksaan akhir semester, aku akan tetap meneruskan misi aku...tidak kira sependek mana pun post aku, tidak kira tidak semenarik mana pun post aku..aku akan tetap post juga..haha..apa la yang aku merepek..ni mesti sebab study terlebih masa ni, tak pun sebab dah mengantuk, tiba-tiba teringat pula kat blog yang tidak ter'update' ni...kita sudah mula mendekati tahun 2012, baru sekejap rasa tahun 2011 memulakan harinya, kini kita di penghujung tahun...sedar tak sedar, jangka hayat kita pun semakin pendek, semoga kita dimurahkan rezeki untuk hidup...amiin ya Allah...sudah lewat sekarang, aku rasa aku patut tidur dahulu, esok kena bangun awal-awal untuk study...insyaAllah..selamat malam dan 
assalamualaikum