BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 30, 2011

"masa, masa, masa yang berlalu tidak akan kembali"


assalamualaikum..
dalam masa tidak sampai 20 minit lagi, kita akan memasuki 31hb Disember 2011..
masih 2011, tapi hati ini berat kerana terlalu masa berlalu,
malah, kebanyakan masa aku dihabiskan dengan sia-sia...
pernah terbaca dari status FB dari kawan aku, aku pun tak berapa nak ingat sangat, 
tapi berbunyi lebih kurang begini la
"tiada apa yang disesali oleh penduduk syurga melainkan masa yang berlalu tanpa zikir"
Itu penduduk syurga, siapalah aku ini, hanya hamba yang hina..
kita tidak akan menyedari betapa berharga sesuatu itu melainkan ia hilang dari diri kita..
pepatah melayu mengibaratkan
"masa itu emas"
bagi menunjukkan betapa berharganya emas..
betapa cepatnya masa berlalu, sehingga aku pun sudah meningkat dewasa,
tergalas sama tanggungjawab, sebagai seorang insan biasa, sebagai anak, sebagai suami dan bapa pelajar...
aku berharap dengan kehadiran tahun baru hijrah dan tahun baru masihi ni, diri ini dapat menguruskan masa dengan baik, sesuai dengan hak badan, hak rohani, dan hak2 sebagai insan.
assalamualaikum

0 comments: