BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 30, 2010

"Do@ S3oR@ng S@h@b@T"

Bismillahirahmaanirrahiim
"Alhamdulillahhirobbia'lamin, wassolatu wassalamu a'la asyrofil anbiyaai walmursalin, waa'ala aalihi wasohbihi ajmai'n. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan sekalian alam, Kaulah Tuhan yg memberi rezeki dan nikmat kepada hamba2Mu, Ya Allah, aku memohon kepadamu, kurniakanlah nikmat kesihatan kepada sahabatku, Bushirie, sembuhkanlah dia daripada penyakitnya, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yg Maha Penyanyang lagi Maha Pemurah, wasollahua'ala saidina muhammad waa'ala alihi wasohbihi ajmai'n, walhamdulillahhirobbila'lamin...amiiiin"

Assalamuialaikum,

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana harini ana sekali lagi dapat meng'update' blog ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat2, serta para tabi'in. Tanpa titik peluh baginda untuk menyampaikan dakwah ke jalan Allah, mana mungkin kita harini dikurniakan dua nikmat besar iaitu nikmat Islam dan nikmat Islam. Dua nikmat ini yg bukan semua di dunia nikmatinya.

gambar contoh buah pinggang

Post kali ini khas ditujukan kepada sahabat ana, Bushirie, yg kini menghadapi saat-saat getir dalam kehidupannya. Buah pinggang Bushirie disahkan rosak beberapa bulan sebelum SPM 2008. Dia terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Keadaannya selepas itu semakin elok, tapi kebelakangan ni prestasi kesihatan dia semakin merosot.

prestasi kesihatan semakin menurun

Ahad lalu ana menelefon ayahnya, ingin bertanyakan khabar Bushirie. Daripada gambaran keadaan yg diberitahu ayahnya, ternyata Bushirie dalam keadaan yg amat kritikal. Diceritakan bahawa Bushirie skrng hanya mampu terlantar, x boleh brcakap, dan sudah x mengenali org laen. Ana di sini hanya mampu berdoa supaya Bushirie sempat sembuh dan menjalani kehidupan normal.

Bush(2 dari kiri)

Bushirie seorang budak yang aktif dan happy-go-lucky. Ana lebih selesa memanggilnya dengan nama panggilannya, Bush. Ana mengenali Bush ketika berada di form 4 di SMS K.Terengganu. Kami sekelas. Dia memang seorang yg kelakar dan akan semakin kelakar jika digandingkan dengan sorng lagi classmate ana, Faizal Hussin. Sehari tanpa lawak daripada Bush umpama x lengkap. Dialah penyeri kelas 4RZ. Bush jgk sorng yg aktif. Petang2 selalu je kami maen futsal di court sekolah. Sape yg x kenal Bush?. Dengan badan yg tinggi dan kurus, dengan mudah je dia menanduk bola menerjah gol. Bush jgk selalu je menyertai perlawanan ragbi.

Dia mmg aktif hinggalah satu hari dia merasakan badannya menjadi sembap. Air2 dalam badanya umpama bertakung di bawah kulitnya. Bush membuat pemeriksaan doktor dan buah pinggang dia disahkan rosak. Dia terpaksa ditahan di hospital di saat-saat SPM bakal menjelma.
Bush dilepaskan dari hospital dan menduduki SPM.

Mac 2009, pagi itu, dada2 calon SPM 2008 mula berdegup kencang, masing2 sudah terbayang result SPM yg akan dikeluarkan pagi itu. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan sakit ketika menduduki SPM, namun Bush tetap mendapat result yg memberansangkan. Keadaan Bush ketika itu masih lagi dalam keadaan sihat. Bush pernah mendaftar masuk ke UNIMAP, tetapi terpaksa berhenti kerana sakitnya.
Sekarang, Bush hanya mampu terbaring dan badannya semakin kurus. Ayahnya ada bgitau ana yg Bush sekarang sudah x mampu bercakap dan sudah x mengenali orang laen. Ana di sini hanya mampu berdoa dan berharap Bush dapat cepat sembuh seperti sediakala.

Sekian, assalamualaikum.
nukilan,

6 comments:

Syed Ali said...

syafakallah kpd kwan mu...smoge Allah tamatkn ujianNye ke atas hambeNye itu scpat mugkin...insyAllah kite same2 bdoa dan bsolat hajat..:-)

ThE DreAmer said...

amiiin....insyaAllah

syazana said...

kesiannya..smp camtuhs kali da ke bush???ak da balik nih lehla ajak ak melawat dia

ThE DreAmer said...

gi la melawat yo..sblum tu tlfn dlu..tkut2 rmai sngt org kt rmh dyo..
ak bru jah blik uia smula..lmbt lgi cuti..mu gi la dulu

Faris CJ said...

sob3... hurm.. kim slm kat dia dan keluarga dia

asz.wani said...

dy mmg sgt kurus lorh..ak da lawat da..sgt kesian...