BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 22, 2010

"Kapel X Boleh kE??"

Assalamualaikum

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah s.w.t kerana telah memberi peluang kepada jari-jari ana sekali lagi untuk mengisi ruangan blog ini. Juga ana panjatkan setinggi-setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan ana dan antum semua dua nikmat besar, iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan juga ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.
Dua hari yang lepas:


"Aku nak kau bagitau aku setiap hari satu sebab kenapa xleh kapel..."tanya syahrul(bukan nama sebenar).


Tiba-tiba ana ditujukan soalan seberupa begitu. Gembira, kaku, dan berbagai lagi perasaan bercampur baur dalam diri ketika itu. Ana terkaku sebentar kerana tiba-tiba je soalan tu ditujukan kepada ana. Ana juga gembira kerana sejak dua tiga minggu ni, ana tengok kawan tu dah mula untuk berubah. Alhamdulillah.

"Ok", jawab ana."Ada tujuh sebab mengapa kapel x dibolehkan", jawab ana lagi.


Lalu, ana memetik satu ayat Al-Quran iaitu ayat yang dah biasa da'i guna.


"La taqrabuz zina, iaitu jangan mendekati zina", jawab ana lagi.


Ana membuat satu analogi bagi menerangkan perkataan 'taqrabuzzina' itu. Taqrabu secara ringkas maksudnya ialah mendekati. Dalam konteks zina tadi, kita diarah tidak menDEKATi zina. Jika mendekati zina pun tidak dibolehkan, apatah lagi kalau berzina. Antara perkara yang mendekatkan diri kepada zina adalah kapel@gewe@berkekasih. Pelik bukan jika seseorang yang berkapel tu tidak berbalas mesej, berbual melalui telefon berjam-jam lamanya dan tidak berjumpa. Itulah jalan-jalan yang membolehkan diri kita dekat dengan zina. Itu salah satu hujah yang ana sempat bagitau kepada sahabat ana dua hari lepas.


Di bawah adalah 7 sebab mengapa kapel diharamkan:


1.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Ber'dating' sudah menjadi lumrah mereka yang sedang dilamun cinta. Tidak jumpa sehari umpama x berjumpa setahun. Jiwa bergelora jika x berjumpa. Pabila dah berjumpa, maka macam2 la perkara yang x diingini berlaku.

2.Saling mengingati satu sama lain.

"I miss u, I love u".Itulah ayat2 yg sering diucapakan oleh mereka yang sedang dilanda tsunami cinta. Bak kata orang tua2, "Mandi x basah, Makan x kenyang, Tido x Lena". Setiap saat, setiap waktu, dan di mana saja pasti saling mengingati. Jika anda ada sindrom2 ini, maka tahniah lah, kerana anda telah dihinggapi satu penyakit bahaya iaitu penyakit angau. Penyakit angau ni susah diubati. Ubatnya hanyalah satu, berdoa kepada Allah agar rindu itu, angau itu, cinta itu, hanya kepada Allah s.w.t. Moga2 cinta itu bertukar cinta kepada Allah s.w.t dan kita termasuk di kalangan orang2 yang dikasihiNya.

3.Pandangan mata yang khianat.

"Dari mata turun ke hati".

Itulah yg sering kita dengar sejak dahulu lagi. Ayat ni sudah menjadi lumrah kepada mereka terjatuh ke dalam first sight love. Pandangan pertama anggaplah ia sbagai rezeki. Tiada lagi pandangan kedua selepas itu. Bagi orang yang berkapel, eye interaction itu terlalu penting bagi menunjukkan caring nye mereka terhadap pasangan masing2. Kadang-kadang mereka saling berbalas pandangan, kadang-kadang tengok awek masing-masing macam nk terkeluar biji mata. Tak kurang jgk yang saling berbalas pandangan sampai juling anak2 mata mereka. Lalu terciptalah satu lagi pepatah,
"Dari mata turun ke hati, dari hati turun ke.....(fhm2 je la)"

(24:30)
Maksud di atas antum smua cari sendiri la, dalam surah ke 24 tu, terdapat banyak ayat2 yang menerangkan perihal muamalat antara lelaki dan wanita.4.Suara wanita yang tidak dijaga.



(24:31)
Maksud ayat di atas pun antum smua kna cari jgk. Almaklum la Al-Quran terjemahan ana dh hilang.
Ayat di atas mengandungi suruhan2 Allah s.w.t kepada para wanita sekalian dalam bermuamalat. Salah satunya adalah, tidak boleh melembutkan suara terhadap lelaki.

5.Berdua-duaan antara satu sama lain.

Ana rasa sudah terlalu kerap antum semua dengar tentang sebuah hadis yg menerangkan perihal tidak akan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan itu kecuali ada yang ketiga, iaitu syaitan. Berhati-hatilah dgn syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. Syaitan itu terlalu banyak strateginya. Kita sbgai manusia yg lemah iman terlalu cepat kalah dengan pujukan syaitan.

6.Bersentuhan antara satu sama lain.

Terdapat satu hadis yg menyebut kepala yg ditusuki jarum itu lebih baek drpda menyentuh wanita yang bukan muhrim. Kebanyakan org yg berkapel, pabila ber'dating', berpegang-pegangan tangan. Mula-mula berpegangan-pegangan tangan, kemudian sentuh menyentuh, raba-meraba, lalu terjadilah perkara yg x diingini. Sudah la sudah, ana sudah letih mendengarkan berita pembuangan bayi di Malaysia. Sudahlah berbuat maksiat, anak pula dibuang. Sungguh menyedihkan.7.Salah satu wasilah yang mendekatkan diri kepada zina.

Bermaksud:"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(17:32)

Daripada ayat di atas, ana harap ana dan antum smua dapat mengambil ibrah(pengajaran). Semua ini sudah terkandung di dalam Al-Quran. Dan ingatlah, JANGAN MENDEKATI ZINA.
Sekian sahaja daripada ana, ana berharap apa yang ana tulis diatas boleh dijadikan nasihat untuk diri ana sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini. Ana juga berdoa agar ana dan antum semua dijauhkan daripada ujian kapel ini.jazakumullahhukhaira.

assalamualaikum

nukilan,












7 comments:

Faris CJ said...

yie!!!!!!!!!!!!! hohoho.. hebat2...

My Personal Blog said...

aku setuju jer!!!!
ape muhyi kate aku kate 'YES" belaker

syed ali said...

bagus muhyi..:-).

nawal said...

NICE SHARE :)

ThE DreAmer said...

jz...

Cerah Jeff said...

kalo orang tu ckp "aq xjumpe pom die,call pom x,msg2 je",camne?

ThE DreAmer said...

pd pndpt ana la, klu msj tu bleh brtnjangkan nfsu dan prkara yg sia2 srta lagha, maka ia bleh trmsuk dlm slh stu wasilah yg mndkatkan kpd zina...ingat, syaitan itu pnuh ngn strategi, mngkin hrini kita kate xnk brjmpe, tpi esok luse laen plak yg jdi...tu jela pndpt ana..klu slh tlong btulkan..