BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 13, 2010

"Spain Dan Belanda, Menang Atau Kalah, Mereka Tetap Gembira"

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Piala Dunia sudah berakhir. Di kala pengadil meniup wisel penamat, maka bergembiralah penyokong dan pemain Spain, bersedihlah tauke2 judi, beratlah2 mata2 yg bersengkang mata, dan tersenyum sakanlah mereka yg merencana semua perancangan 'halus' ini.

Hebat, memang hebat. Tujuan 'mereka' tercapai. Keuntungan mereka dapat. Kemusnahan umat Islam mereka lihat. Solat ditinggalkan, apatah lagi tahajud. Keruntuhan moral 'mereka' saksikan. Memang hebat rancangan 'mereka'. Al-Quran Muslim tinggalkan. Siapakah 'mereka' itu, ana rasa antum semua pn tahu.

Tanpa kita sedari, banyak perkara yg semakin meningkat dengan penganjuran Piala Dunia. Banyak yg meningkat dari pelbagai segi.

1.Meningkatnya bilangan mereka yg tinggal solat.Pabila bola diutamakan, 2.30 pagi pn sanggup ditunggu, masa satu jam setengah dirasakan sebentar. Bilamana semua ini berlaku, maka subuh dirasakan ringan sekali. Solat subuh ditinggalkan sewenang2nya. Betullah kata Imam Al-Ghazali, perkara yg paling ringan adalah solat. Kini jelaslah salah satu agenda 'mereka' telah tercapai.

2.Meningkatnya bilangan mereka yg lompat pagar.
Pabila semua cafe2 asrama ditutup, muka2 pakguard yg garang dibayangkan, lambaian pemain2 world cup terbayang2, maka pagar yg tinggi dirasakan rendah, longkang yg dahulunya busuk, tiba2 menjadi wangi, segala bahaya dan dawai2 sanggup diredahi, asalkan dapat menonton pasukan kegemaran mereka. Alangkah baiknya jika mereka2 ini menjadi pejuang2 Islam, setiap titik peluh dan darah mereka di jalan Allah itu lebih baik nilainya.

3.Meningkatnya bilangan mereka yg tidak hadir ke kelas.

Pabila subuh dirasakan ringan, tidur diteruskan, masa seakan berlalu pantas, badan terasa berat sekali, kelas terasa jauh, dan mimpi2 menjadi indah sekali. Bilamana semua ini berlaku, kelas dirasakan terpaksa di'skip'kan. Mata perlu dipuaskan, nafsu tidur perlu dipenuhi. Maka terpinga2lah lecturer kerana kekurangan pelajar.


4.Meningkatnya kekhurafatan dan perjudian.
Sotong?Burung?Paul?Penilik nasib?Khurafat!!Semuanya khurafat belaka. Mana mungkin mereka dapat meramal masa depan. Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa yg telah berlaku, dan apa yg akan berlaku. Akidah umat Islam semakin luntur dengan segala tafsiran. Video keajaiban Paul si sotong peramal di postkan di youtube, blog2 mereka yg sememangnya sudah khurafat dipenuhi dengan keajaiban Paul. Mereka lihat dengan hati yg buta, mereka tidak lihat dengan ilmu. Mana mungkin si sotong lembik itu dapat meramal masa depan. Mengikut kajian saintis, Paul seekor sotong yg buta warna dan ia akan memilih bendera yg berwarna terang. Sungguh berbeza sekali mereka yg berilmu dan tidak berilmu. Mereka yg bodoh dan jahil pula mempercayai tanpa ragu2 sekali akan kebenaran si sotong itu, lalu mempertaruhkan duit mereka di atas jalan judi. Tambahan pula dengan adanya lesen yg meng'halal'kan judi. Tak kurang pula mereka yg mengagung2kan Paul di depan kawan2 mereka. Sudahlah sesat malah menyesatkan pula. Marilah kita sama2 bertaubat.

Kesimpulannya, tanpa kita sedari, semua ini telah dirancang. Walaupun kita sedari, ana yakin masih ramai lagi yg tak endahkannya. Semua telah dirancang dari dulu lagi oleh 'mereka'. Sesungguhnya 'mereka' tidak akan redha terhadap umat Islam, sehinggalah kita mengikuti jejah langkah 'mereka', hatta jika 'mereka' masuk ke lubang biawak sekalipun, kita tetap mengikut 'mereka'. Ingatlah, misi 'mereka' bukanlah memurtadkan kita, tetapi menjauhkan kita daripada Islam. Marilah kita sama2 berdoa agar dilindungi daripada fitnah(ujian) dunia dan Dajjal laknatullah.

Sekian,assalamualaikum....


0 comments: