BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

"Mid-Sem Examination"

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, sudah setengah sem telah dilalui di cfs iium.
Seperti kebiasaan, setiap pertengahan sem mesti diikuti dgn mid sem examination.
Exam yg perlu ditempuh yg bakal menentukan carry mark untuk final exam.

Exam dan study memang perkara yg tak dipisahkan.
Asalkan ada exam mesti tahap semangat untuk study pun meningkat.
Ada yg sanggup stay up sampai pkul 3 4 pagi. Muka2 yg tak pernah study dulu pn sudah
mula memenuhi library dan ly.

Haritu aku ada terbaca di fb, exam ni sebenarnya bukan sepenuhnya
tentang ilmu yg kita belajar, tetapi exam nilah penentu
banyak mana tawakkal kita pada Allah.
Usaha+Doa+Tawakkal=Kejayaan.

Tanpa salah satu unsur penting di atas, kejayaan kita tidak akan lengkap.
Tanpa usaha, kejayaan mungkin digapai berkat doa dan kekuasaan Allah,
tetapi manisnya tiada.

Tanpa doa dan tawakkal pula, kejayaan juga boleh digapai,
namun adakah kejayaan itu dapat memberi rasa
syukur kita kepada Allah s.w.t. dan adakah terdapat
keberkatan dalam kejayaan itu.

Aku sering melihat dan memerhati mereka yg study hard,
sehinggakan mereka lupa tugas utama mereka
sebagai hamba Allah.
Adakah patut subuh digajahkan hanya kerana study sehingga larut malam,
bahkan ada je terus meninggalkannya.
Adakah ini kejayaan yg dicari?
Adakah ini usaha yg dimaksudkan?
Adakah ini tujuan mereka diciptakan?

Sesungguhnya jawapannya tentu tidak sama sekali.
Menuntut ilmu itu wajib, namun adakah patut
kita meninggalkan perkara wajib yg laen.

Adakah kita mahu lihat seorang perdana menteri
yg bijak berpidato tinggalkan solatnya?
Adakah kita mahu lihat keluarga yg sihat akal jasmaninya tetapi
rosak akhlaknya??
Sesungguhnya amat merugikan sekali.

Aku memesan kepada diriku dan kepada diri kalian,
kerana telinga yg bercakap itu lebih dekat dengan mulutnya,
kerana tangan yg menaip ini lebih dekat yg ditulisnya.

Marilah kita sama2 menyertakan segala apa tindakan kita dengan harapan kita kepada
Allah s.w.t.

Sekian, assalamualaikum.

"Mataku Belum Letih"

Angin bertiup sayu, hujan menitis bagaikan mutiara, kesejukan malam ini menusuk tulang sum sum ku, namun mataku masih belum mahu terpejam. walaupun aku sedari esok kelas paling awal adalah pada pukul 8, namun fikiran aku masih lagi melayang2 ke us, ke uk, dan terdetik di hatiku ingin mengupdate blog ni. Otakku ku masih terkial2 memikirkan teori kirchoff rules. teori yg aku anggap agak menyusahkan hidup aku sebagai student. namun begitu dan walaubagaimanapun, aku tetap berpegang teguh dengan status aku sebagai pelajar uia. tulisan malam ini mungkin agak membosankan dan agak mengarut, namun inilah satu2 caranya untuk aku melelapkan mata. ketika burung hantu sedang kesejukan, sedang semut kelemasan, roomate2 aku ngan selimutnya, pak guard ngn kopinya, aku pula??sibuk memegang laptop ku. sedang kipas berputaran kepeningan, lampu pula terbakar kepanasan, aku pula sedang kesejukan, namun laptop juga menjadi pemanas malam aku ini. esok, pastinya kelas aku yg pukul 8 akan kuhadiri 8.30. mata yg segar pada malam ni pasti akan layu esok paginya, tapi xpe, ini lah cabaran yg perlu dihadapi oleh penulis2 blog terkenal walaupun followers masih lagi 17 orng. ini bukannya bermaksud tiada pembaca, tetapi low profile. lagipun aku xnak terima apa2 proposal dari syarikat pengiklanan. menyeerabut blog aku je. ok lah, walaupun mata aku masih belum mengantuk, aku akan cuba memaksanya terpejam.sori kerana membuang masa anda jika anda rasa post ini sangat tak bermakna.

assalamualaikum, dan selamat malam....

Friday, July 23, 2010

"Tomorrow Never Die??"

"If you survive till d evening,
don't expect 2 b alive in d morning.
If you survive till d morning,
don't expect 2 b alive in d evening.
Take from your health for your sickness
and from your life for your death"[HR Bukhari]

Wednesday, July 21, 2010

Jika Aku Jatuh Hati

Assalamualaikum,

Di sini ada satu video yang ingin ana kongsikan.Untuk lebih menghayati video ni, sila tonton di Youtube kerana lagu dalam blog ini tidak boleh di'pause'kan.



Ya Allah..Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Seandainya engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dgn takdirmu
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
Ya Allah
Engkau saja yg maha mgetahui

Sekian, wasalam.


"The Test"

"Allah knows what is best for us, so why should we complain.
we always want d sunshine,
but He knows there must be rain.
We always want laughter and meriment of cheer,
but our heart will lose their tenderness if we never shed a tear.
Allah tests us often, with suffering n with sorrow.
He tests us, not to punish us,
but to help us meet tomorrow, for growing trees are strengthen.
So, whenever we are down and whenever we feel that everything is going wrong,
it is Allah's way to make our spirit strong."

Tuesday, July 13, 2010

"Spain Dan Belanda, Menang Atau Kalah, Mereka Tetap Gembira"

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Piala Dunia sudah berakhir. Di kala pengadil meniup wisel penamat, maka bergembiralah penyokong dan pemain Spain, bersedihlah tauke2 judi, beratlah2 mata2 yg bersengkang mata, dan tersenyum sakanlah mereka yg merencana semua perancangan 'halus' ini.

Hebat, memang hebat. Tujuan 'mereka' tercapai. Keuntungan mereka dapat. Kemusnahan umat Islam mereka lihat. Solat ditinggalkan, apatah lagi tahajud. Keruntuhan moral 'mereka' saksikan. Memang hebat rancangan 'mereka'. Al-Quran Muslim tinggalkan. Siapakah 'mereka' itu, ana rasa antum semua pn tahu.

Tanpa kita sedari, banyak perkara yg semakin meningkat dengan penganjuran Piala Dunia. Banyak yg meningkat dari pelbagai segi.

1.Meningkatnya bilangan mereka yg tinggal solat.Pabila bola diutamakan, 2.30 pagi pn sanggup ditunggu, masa satu jam setengah dirasakan sebentar. Bilamana semua ini berlaku, maka subuh dirasakan ringan sekali. Solat subuh ditinggalkan sewenang2nya. Betullah kata Imam Al-Ghazali, perkara yg paling ringan adalah solat. Kini jelaslah salah satu agenda 'mereka' telah tercapai.

2.Meningkatnya bilangan mereka yg lompat pagar.
Pabila semua cafe2 asrama ditutup, muka2 pakguard yg garang dibayangkan, lambaian pemain2 world cup terbayang2, maka pagar yg tinggi dirasakan rendah, longkang yg dahulunya busuk, tiba2 menjadi wangi, segala bahaya dan dawai2 sanggup diredahi, asalkan dapat menonton pasukan kegemaran mereka. Alangkah baiknya jika mereka2 ini menjadi pejuang2 Islam, setiap titik peluh dan darah mereka di jalan Allah itu lebih baik nilainya.

3.Meningkatnya bilangan mereka yg tidak hadir ke kelas.

Pabila subuh dirasakan ringan, tidur diteruskan, masa seakan berlalu pantas, badan terasa berat sekali, kelas terasa jauh, dan mimpi2 menjadi indah sekali. Bilamana semua ini berlaku, kelas dirasakan terpaksa di'skip'kan. Mata perlu dipuaskan, nafsu tidur perlu dipenuhi. Maka terpinga2lah lecturer kerana kekurangan pelajar.


4.Meningkatnya kekhurafatan dan perjudian.
Sotong?Burung?Paul?Penilik nasib?Khurafat!!Semuanya khurafat belaka. Mana mungkin mereka dapat meramal masa depan. Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa yg telah berlaku, dan apa yg akan berlaku. Akidah umat Islam semakin luntur dengan segala tafsiran. Video keajaiban Paul si sotong peramal di postkan di youtube, blog2 mereka yg sememangnya sudah khurafat dipenuhi dengan keajaiban Paul. Mereka lihat dengan hati yg buta, mereka tidak lihat dengan ilmu. Mana mungkin si sotong lembik itu dapat meramal masa depan. Mengikut kajian saintis, Paul seekor sotong yg buta warna dan ia akan memilih bendera yg berwarna terang. Sungguh berbeza sekali mereka yg berilmu dan tidak berilmu. Mereka yg bodoh dan jahil pula mempercayai tanpa ragu2 sekali akan kebenaran si sotong itu, lalu mempertaruhkan duit mereka di atas jalan judi. Tambahan pula dengan adanya lesen yg meng'halal'kan judi. Tak kurang pula mereka yg mengagung2kan Paul di depan kawan2 mereka. Sudahlah sesat malah menyesatkan pula. Marilah kita sama2 bertaubat.

Kesimpulannya, tanpa kita sedari, semua ini telah dirancang. Walaupun kita sedari, ana yakin masih ramai lagi yg tak endahkannya. Semua telah dirancang dari dulu lagi oleh 'mereka'. Sesungguhnya 'mereka' tidak akan redha terhadap umat Islam, sehinggalah kita mengikuti jejah langkah 'mereka', hatta jika 'mereka' masuk ke lubang biawak sekalipun, kita tetap mengikut 'mereka'. Ingatlah, misi 'mereka' bukanlah memurtadkan kita, tetapi menjauhkan kita daripada Islam. Marilah kita sama2 berdoa agar dilindungi daripada fitnah(ujian) dunia dan Dajjal laknatullah.

Sekian,assalamualaikum....


Sunday, July 4, 2010

"Antara Heinze dan Messi"

"GOALLLLL"
Kucing itu terkejut dengan jeritan itu. Jeritan penyokong Germany berkeumandang ke udara setelah Muller berjaya menanduk msuk gol pertama. Terlalu bingit bunyinya, seakan2 menekan2 gegendang telinganya. Belang terkejut
Jika beliau mempunyai tangan, sudah lama ia menutup telinga, namun apakan daya, sebagai seekor kucing, ia hanya dikurniakan 2 pasang kaki. Tapi Alhamdulillah, sekurang2nya dia xde tangan untuk melakukan maksiat. Belang ketika macho
Belang berasa pelik. Apalah sangat yg digilakan manusia itu. Belang cuba melihat-lihat apa yg ditonton manusia itu. Pelik. Tiada apa yg menghiburkan. Cuma kelihatan gambar-gambar yg bergerak. Dia merenung lagi tv itu, gambar itu bergerak2 lagi, kelihatan ada sekawan manusia yg berebutan sebijik bnda putih. Lalu kucing itu berlalu, di hatinya masih terdapat lagi persoalan untuk mengenali bnda putih trsebut. Kebetulan kawannya, Tompok, juga berada di tempat kejadian. Adakah ini yg 'bnda putih' yg dimksdkan Belang?

"Assalamualaikum Tompok, aku pelik la, manusia2 tu tngh watpe ea??. Terkejar2 bnda putih tu. Dh kejar pastu disepak2 pulak bnda putih tu, haish, x bersyukur langsung. Dh dapat, pegang la ngan tangan, msti org laen x dpt punye", kata Belang sambil menggesel2kan idungnya ngn Tompok sbgai tnda bersalam.

"Larr, ko xtau ke, diorang tu tngh maen bola sepak la. Skrang ni kan musim bola sepak. Mmg la diorang sepak, dh nama pn bola sepak. Kalau pgg ngn tangan nnti foul plak,"kata Tompok sambil berjalan seiringan ngn Belang menuju ke kedai kopi terdekat.
Logo World Cup.Lambangnya terdapat konspirasi

"Satu lagi, apakah benda putih tersebut?. Hendak dikatakan telur, ia bulat, hendak dikatakan kuih, mereka sepak. Pelik2", ujar Belang lagi sambil menguji kekuatan tatabahasanya.

"That is a ball. U don't know that my fwenz", say Tompok with speaking2.

"Lorr, new i know, i think what is it just now. i weird la",kata Belang dlm keadaan broken englishnya.

Mereka tiba di kedai kopi tersebut.

"Apa mau makan??,cicak gulai ada, tikus goreng ada, lipas sup ada",tanya tuan warung yg berasal dari bangladesh.

"Roti canai kuah gulai cicak dua,"mintak Tompok.

Mereka mengambil tempat masing2, Tompok dan Belang mengambil tempat di hadapan tv. Hajat di hati nk tngk preview prlawanan semalam antara Argentina n Germany. Kebetulan kawan Tompok iaitu Tomak juga berada di situ. Maka berlakulah perbualan antara mereka. Tomok dan Belang
"Ape la team argentina ko tompok, kate ad best player(Messi), tpi satu gol pn x score..haha", sindir Tomak sambil ketawa. Messi x menjadi pada world cup kali ni
Tomak memang sedikit nakal tetapi beliau mmpunyai suara yg merdu umpama pnyanyi kmpulan remaja, Newsboy. Tomak(4 dari kiri)
"Ye la, xde rezeki la tu. X semestinya dia best player dunia, dia bleh jdi top scorer world cup, x smstinya org yg x prnh score tu x bleh jadi top scorer world cup, x smstinya org yg berada di atas tu akan selalu berada di atas, dan x smstinya org yg berada di bwh tu akan sntiasa di bawah. Contohnya, ko tngk pemain hebat2 laen cm Rooney, Torres, Henry, Drogba, n Ronaldo, brape sngt lah diorang score. Ko tngh Heinze plak, maen beck je, tpi bleh score, tu la rezeki dia. Ingatlah kita ni kucing je, hanya makhluk Allah, jgn prnh berasa takabbur dan riak. Sesiapa yg ada rasa takabbur dalam dirinya walau sedikit x akan msuk syurga tau x..."jelas Tompok dngn panjang lebar.Tomak terkesima, insaf, terkedu, terduduk, dan ada sedikit marah krana di'sound' begitu dihadapan org ramai di kedai kopi tersebut. Tomak bangun dan mencakar2 Tompok yg menyakitkan hati itu. Muka Tomak ketika marah Cekik-mencekik berlaku Tomak smpat menhadiahkan satu tendangan percuma kepada Belang

Preview perlawanan semalam sudah bermula. Masing2 membatukan diri bagi menghayati detik2 gol semalam. Tompok dan Tomak sudah berhenti bergaduh.
Harini Belang mendapat banyak pengajaran:
1.Benda putih itu adalah bola.
2.Bersyukur dengan 2 pasang kaki yg diberi, klu ad rezeki bleh wat skill cm Ronaldo. Mungkin lebih lagi sbb Ronaldo ad 2 kaki je.
3.Janganlah kita bersikap takabur atau yg sewaktu dngannya. Hidup ini bagaikan roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah.4.Jangan memalukan makhluk laen. Nanti kena belasah.

p/s:segala watak dan cerita di atas tiada kena mengena dengan hidup ataupun yg telah mati serta yg sewaktu dengannya.sesape yg terase, padan muke..sape mkn cili dia yg terasa pedasnya.

sekian, wasalam, nukilan,


Wednesday, June 30, 2010

"Do@ S3oR@ng S@h@b@T"

Bismillahirahmaanirrahiim
"Alhamdulillahhirobbia'lamin, wassolatu wassalamu a'la asyrofil anbiyaai walmursalin, waa'ala aalihi wasohbihi ajmai'n. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan sekalian alam, Kaulah Tuhan yg memberi rezeki dan nikmat kepada hamba2Mu, Ya Allah, aku memohon kepadamu, kurniakanlah nikmat kesihatan kepada sahabatku, Bushirie, sembuhkanlah dia daripada penyakitnya, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yg Maha Penyanyang lagi Maha Pemurah, wasollahua'ala saidina muhammad waa'ala alihi wasohbihi ajmai'n, walhamdulillahhirobbila'lamin...amiiiin"

Assalamuialaikum,

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana harini ana sekali lagi dapat meng'update' blog ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat2, serta para tabi'in. Tanpa titik peluh baginda untuk menyampaikan dakwah ke jalan Allah, mana mungkin kita harini dikurniakan dua nikmat besar iaitu nikmat Islam dan nikmat Islam. Dua nikmat ini yg bukan semua di dunia nikmatinya.

gambar contoh buah pinggang

Post kali ini khas ditujukan kepada sahabat ana, Bushirie, yg kini menghadapi saat-saat getir dalam kehidupannya. Buah pinggang Bushirie disahkan rosak beberapa bulan sebelum SPM 2008. Dia terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Keadaannya selepas itu semakin elok, tapi kebelakangan ni prestasi kesihatan dia semakin merosot.

prestasi kesihatan semakin menurun

Ahad lalu ana menelefon ayahnya, ingin bertanyakan khabar Bushirie. Daripada gambaran keadaan yg diberitahu ayahnya, ternyata Bushirie dalam keadaan yg amat kritikal. Diceritakan bahawa Bushirie skrng hanya mampu terlantar, x boleh brcakap, dan sudah x mengenali org laen. Ana di sini hanya mampu berdoa supaya Bushirie sempat sembuh dan menjalani kehidupan normal.

Bush(2 dari kiri)

Bushirie seorang budak yang aktif dan happy-go-lucky. Ana lebih selesa memanggilnya dengan nama panggilannya, Bush. Ana mengenali Bush ketika berada di form 4 di SMS K.Terengganu. Kami sekelas. Dia memang seorang yg kelakar dan akan semakin kelakar jika digandingkan dengan sorng lagi classmate ana, Faizal Hussin. Sehari tanpa lawak daripada Bush umpama x lengkap. Dialah penyeri kelas 4RZ. Bush jgk sorng yg aktif. Petang2 selalu je kami maen futsal di court sekolah. Sape yg x kenal Bush?. Dengan badan yg tinggi dan kurus, dengan mudah je dia menanduk bola menerjah gol. Bush jgk selalu je menyertai perlawanan ragbi.

Dia mmg aktif hinggalah satu hari dia merasakan badannya menjadi sembap. Air2 dalam badanya umpama bertakung di bawah kulitnya. Bush membuat pemeriksaan doktor dan buah pinggang dia disahkan rosak. Dia terpaksa ditahan di hospital di saat-saat SPM bakal menjelma.
Bush dilepaskan dari hospital dan menduduki SPM.

Mac 2009, pagi itu, dada2 calon SPM 2008 mula berdegup kencang, masing2 sudah terbayang result SPM yg akan dikeluarkan pagi itu. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan sakit ketika menduduki SPM, namun Bush tetap mendapat result yg memberansangkan. Keadaan Bush ketika itu masih lagi dalam keadaan sihat. Bush pernah mendaftar masuk ke UNIMAP, tetapi terpaksa berhenti kerana sakitnya.
Sekarang, Bush hanya mampu terbaring dan badannya semakin kurus. Ayahnya ada bgitau ana yg Bush sekarang sudah x mampu bercakap dan sudah x mengenali orang laen. Ana di sini hanya mampu berdoa dan berharap Bush dapat cepat sembuh seperti sediakala.

Sekian, assalamualaikum.
nukilan,

Tuesday, June 22, 2010

"Kapel X Boleh kE??"

Assalamualaikum

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah s.w.t kerana telah memberi peluang kepada jari-jari ana sekali lagi untuk mengisi ruangan blog ini. Juga ana panjatkan setinggi-setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan ana dan antum semua dua nikmat besar, iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan juga ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.
Dua hari yang lepas:


"Aku nak kau bagitau aku setiap hari satu sebab kenapa xleh kapel..."tanya syahrul(bukan nama sebenar).


Tiba-tiba ana ditujukan soalan seberupa begitu. Gembira, kaku, dan berbagai lagi perasaan bercampur baur dalam diri ketika itu. Ana terkaku sebentar kerana tiba-tiba je soalan tu ditujukan kepada ana. Ana juga gembira kerana sejak dua tiga minggu ni, ana tengok kawan tu dah mula untuk berubah. Alhamdulillah.

"Ok", jawab ana."Ada tujuh sebab mengapa kapel x dibolehkan", jawab ana lagi.


Lalu, ana memetik satu ayat Al-Quran iaitu ayat yang dah biasa da'i guna.


"La taqrabuz zina, iaitu jangan mendekati zina", jawab ana lagi.


Ana membuat satu analogi bagi menerangkan perkataan 'taqrabuzzina' itu. Taqrabu secara ringkas maksudnya ialah mendekati. Dalam konteks zina tadi, kita diarah tidak menDEKATi zina. Jika mendekati zina pun tidak dibolehkan, apatah lagi kalau berzina. Antara perkara yang mendekatkan diri kepada zina adalah kapel@gewe@berkekasih. Pelik bukan jika seseorang yang berkapel tu tidak berbalas mesej, berbual melalui telefon berjam-jam lamanya dan tidak berjumpa. Itulah jalan-jalan yang membolehkan diri kita dekat dengan zina. Itu salah satu hujah yang ana sempat bagitau kepada sahabat ana dua hari lepas.


Di bawah adalah 7 sebab mengapa kapel diharamkan:


1.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Ber'dating' sudah menjadi lumrah mereka yang sedang dilamun cinta. Tidak jumpa sehari umpama x berjumpa setahun. Jiwa bergelora jika x berjumpa. Pabila dah berjumpa, maka macam2 la perkara yang x diingini berlaku.

2.Saling mengingati satu sama lain.

"I miss u, I love u".Itulah ayat2 yg sering diucapakan oleh mereka yang sedang dilanda tsunami cinta. Bak kata orang tua2, "Mandi x basah, Makan x kenyang, Tido x Lena". Setiap saat, setiap waktu, dan di mana saja pasti saling mengingati. Jika anda ada sindrom2 ini, maka tahniah lah, kerana anda telah dihinggapi satu penyakit bahaya iaitu penyakit angau. Penyakit angau ni susah diubati. Ubatnya hanyalah satu, berdoa kepada Allah agar rindu itu, angau itu, cinta itu, hanya kepada Allah s.w.t. Moga2 cinta itu bertukar cinta kepada Allah s.w.t dan kita termasuk di kalangan orang2 yang dikasihiNya.

3.Pandangan mata yang khianat.

"Dari mata turun ke hati".

Itulah yg sering kita dengar sejak dahulu lagi. Ayat ni sudah menjadi lumrah kepada mereka terjatuh ke dalam first sight love. Pandangan pertama anggaplah ia sbagai rezeki. Tiada lagi pandangan kedua selepas itu. Bagi orang yang berkapel, eye interaction itu terlalu penting bagi menunjukkan caring nye mereka terhadap pasangan masing2. Kadang-kadang mereka saling berbalas pandangan, kadang-kadang tengok awek masing-masing macam nk terkeluar biji mata. Tak kurang jgk yang saling berbalas pandangan sampai juling anak2 mata mereka. Lalu terciptalah satu lagi pepatah,
"Dari mata turun ke hati, dari hati turun ke.....(fhm2 je la)"

(24:30)
Maksud di atas antum smua cari sendiri la, dalam surah ke 24 tu, terdapat banyak ayat2 yang menerangkan perihal muamalat antara lelaki dan wanita.4.Suara wanita yang tidak dijaga.



(24:31)
Maksud ayat di atas pun antum smua kna cari jgk. Almaklum la Al-Quran terjemahan ana dh hilang.
Ayat di atas mengandungi suruhan2 Allah s.w.t kepada para wanita sekalian dalam bermuamalat. Salah satunya adalah, tidak boleh melembutkan suara terhadap lelaki.

5.Berdua-duaan antara satu sama lain.

Ana rasa sudah terlalu kerap antum semua dengar tentang sebuah hadis yg menerangkan perihal tidak akan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan itu kecuali ada yang ketiga, iaitu syaitan. Berhati-hatilah dgn syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. Syaitan itu terlalu banyak strateginya. Kita sbgai manusia yg lemah iman terlalu cepat kalah dengan pujukan syaitan.

6.Bersentuhan antara satu sama lain.

Terdapat satu hadis yg menyebut kepala yg ditusuki jarum itu lebih baek drpda menyentuh wanita yang bukan muhrim. Kebanyakan org yg berkapel, pabila ber'dating', berpegang-pegangan tangan. Mula-mula berpegangan-pegangan tangan, kemudian sentuh menyentuh, raba-meraba, lalu terjadilah perkara yg x diingini. Sudah la sudah, ana sudah letih mendengarkan berita pembuangan bayi di Malaysia. Sudahlah berbuat maksiat, anak pula dibuang. Sungguh menyedihkan.7.Salah satu wasilah yang mendekatkan diri kepada zina.

Bermaksud:"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(17:32)

Daripada ayat di atas, ana harap ana dan antum smua dapat mengambil ibrah(pengajaran). Semua ini sudah terkandung di dalam Al-Quran. Dan ingatlah, JANGAN MENDEKATI ZINA.
Sekian sahaja daripada ana, ana berharap apa yang ana tulis diatas boleh dijadikan nasihat untuk diri ana sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini. Ana juga berdoa agar ana dan antum semua dijauhkan daripada ujian kapel ini.jazakumullahhukhaira.

assalamualaikum

nukilan,












Wednesday, June 16, 2010

BaHayanYa TeKnoLogi ItU

Assalamualaikum...

Teknolongi??...erm..banyak kebaikan dan banyak juga keburukannya...teknologi dicipta untuk memudahkan manusia dalam kehidupan seharian daripada bermulanya kehidupan kita di awal pagi dan berakhirnya aktiviti kita pada lewat malam...boleh dikatakan setiap aktiviti seharian kita boleh dikaitkan dengan teknologi...teknologi boleh dibahagikan kepada bebe
rapa bahagian..antaranya teknologi pengangkutan, teknologi perhubungan, teknologi pemakanan dan macam2 lagi la teknologi kat dunia ni...sekarang ni, ana nak fokuskan topik artikel ana ni kepada satu teknologi yg dipanggil teknologi perhubungan..
Teknologi perhubungan telah dicipta untuk menghubungkan dua orang yg berjauhan antara satu sama laen...secara tidak langsung, ini boleh mengeratkan lagi ukhwah Islamiyyah antara umat Islam...ana mengambil contoh bagaimana seorang ibu menghubungi anaknya yg dirin
dui, seorang murobbi yg ingin menanyakan khabar mad'u nya,dan seorang pemimpin yg ingin menguruskan organisasinya..semua ini tidak laen dan tidak bukan mesti memerlukan teknologi perhubungan....namun,masih ada sesetengah orang yg menyalahgunakan teknologi ini...
"SeDIh"
Kewujudan laman sosial seperti facebook dan twitter dih
arapkan dapat mengeratkan ukhwah, menjalinkan yg terpisah, dan mengenali satu sama laen...Namun, ana sedih keran melalui laman2 seperti jugalah, ada sekelompok manusia yg membina group masing2..ada group yg membina, dan ada juga group yg cuba membina pada dasarnya tetapi telah lari dari tujuan asalnya, serta tidak lupa juga group yg sememangnya diwujudkan untuk merosak...ana sedih apabila melihatkan terdapat dua group(mngkin byk lgi yg di luar pengetahuan ana) yg sering berbalahan...saling kutuk mengutuk, saling meruntuhkan satu sama laen..sering membuka aib masing2...sampaikan ada group yg tergamak meng'edit' gambar TGNA...sungguh sedih sekali ana rasa...ini semua kerana gara2 politik semua...adakah ini dikatakan suara demokrasi...mencaci satu sama laen..masing2 hendak menegakkan pendapat masing..tak ingin mengalah...pabila sudah marah menguasai diri, kata2 macian dikeluarkan...si A menuduh parti si B bersalah, si B menuduh parti si A bersalah..

"StRateGi"
MUNGKIN ini juga salah satu propaganda zionis melalui laman2 sos
ial...ana tidak ingin menuduh sesuka hati...tetapi ingat...yahudi zionis itu penuh dengan idea2 dan rancangan2 yg strategik yg sudah dirancang lama dahulu...hatta kalau kita lihat duit dollar america pn sudah mmpunyai lambang yahudi dan bagaimana duit america pabila dilipat2 menghasilkan gambaran yg tepat mengenai WTC yg dilanggar kapal terbang pada tarikh keramat 11 September 2001...satu tarikh yg memberikan impak yg besar terhadap kehidupan umat Islam seanteronya...
"MeNenTang Dgn FaKta, BuKan
DeNgAn AuTa"

Kembali kepada kisah dua group tadi, ana harap kita semua jangan
la terlalu cepat terpengaruh post2 yg berunsur fitnah..siasat dahulu..lihat dengan mata hati, jangan lihat dengan hawa nafsu amarah, menentang dengan fakta, bukan dengan auta..Sekian....

Assalamualaikum
time kasih krn mmbaca
jazakum
ullahhukhaira