BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

"Mid-Sem Examination"

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, sudah setengah sem telah dilalui di cfs iium.
Seperti kebiasaan, setiap pertengahan sem mesti diikuti dgn mid sem examination.
Exam yg perlu ditempuh yg bakal menentukan carry mark untuk final exam.

Exam dan study memang perkara yg tak dipisahkan.
Asalkan ada exam mesti tahap semangat untuk study pun meningkat.
Ada yg sanggup stay up sampai pkul 3 4 pagi. Muka2 yg tak pernah study dulu pn sudah
mula memenuhi library dan ly.

Haritu aku ada terbaca di fb, exam ni sebenarnya bukan sepenuhnya
tentang ilmu yg kita belajar, tetapi exam nilah penentu
banyak mana tawakkal kita pada Allah.
Usaha+Doa+Tawakkal=Kejayaan.

Tanpa salah satu unsur penting di atas, kejayaan kita tidak akan lengkap.
Tanpa usaha, kejayaan mungkin digapai berkat doa dan kekuasaan Allah,
tetapi manisnya tiada.

Tanpa doa dan tawakkal pula, kejayaan juga boleh digapai,
namun adakah kejayaan itu dapat memberi rasa
syukur kita kepada Allah s.w.t. dan adakah terdapat
keberkatan dalam kejayaan itu.

Aku sering melihat dan memerhati mereka yg study hard,
sehinggakan mereka lupa tugas utama mereka
sebagai hamba Allah.
Adakah patut subuh digajahkan hanya kerana study sehingga larut malam,
bahkan ada je terus meninggalkannya.
Adakah ini kejayaan yg dicari?
Adakah ini usaha yg dimaksudkan?
Adakah ini tujuan mereka diciptakan?

Sesungguhnya jawapannya tentu tidak sama sekali.
Menuntut ilmu itu wajib, namun adakah patut
kita meninggalkan perkara wajib yg laen.

Adakah kita mahu lihat seorang perdana menteri
yg bijak berpidato tinggalkan solatnya?
Adakah kita mahu lihat keluarga yg sihat akal jasmaninya tetapi
rosak akhlaknya??
Sesungguhnya amat merugikan sekali.

Aku memesan kepada diriku dan kepada diri kalian,
kerana telinga yg bercakap itu lebih dekat dengan mulutnya,
kerana tangan yg menaip ini lebih dekat yg ditulisnya.

Marilah kita sama2 menyertakan segala apa tindakan kita dengan harapan kita kepada
Allah s.w.t.

Sekian, assalamualaikum.

0 comments: