BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

"Mataku Belum Letih"

Angin bertiup sayu, hujan menitis bagaikan mutiara, kesejukan malam ini menusuk tulang sum sum ku, namun mataku masih belum mahu terpejam. walaupun aku sedari esok kelas paling awal adalah pada pukul 8, namun fikiran aku masih lagi melayang2 ke us, ke uk, dan terdetik di hatiku ingin mengupdate blog ni. Otakku ku masih terkial2 memikirkan teori kirchoff rules. teori yg aku anggap agak menyusahkan hidup aku sebagai student. namun begitu dan walaubagaimanapun, aku tetap berpegang teguh dengan status aku sebagai pelajar uia. tulisan malam ini mungkin agak membosankan dan agak mengarut, namun inilah satu2 caranya untuk aku melelapkan mata. ketika burung hantu sedang kesejukan, sedang semut kelemasan, roomate2 aku ngan selimutnya, pak guard ngn kopinya, aku pula??sibuk memegang laptop ku. sedang kipas berputaran kepeningan, lampu pula terbakar kepanasan, aku pula sedang kesejukan, namun laptop juga menjadi pemanas malam aku ini. esok, pastinya kelas aku yg pukul 8 akan kuhadiri 8.30. mata yg segar pada malam ni pasti akan layu esok paginya, tapi xpe, ini lah cabaran yg perlu dihadapi oleh penulis2 blog terkenal walaupun followers masih lagi 17 orng. ini bukannya bermaksud tiada pembaca, tetapi low profile. lagipun aku xnak terima apa2 proposal dari syarikat pengiklanan. menyeerabut blog aku je. ok lah, walaupun mata aku masih belum mengantuk, aku akan cuba memaksanya terpejam.sori kerana membuang masa anda jika anda rasa post ini sangat tak bermakna.

assalamualaikum, dan selamat malam....

0 comments: