BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 4, 2010

"Antara Heinze dan Messi"

"GOALLLLL"
Kucing itu terkejut dengan jeritan itu. Jeritan penyokong Germany berkeumandang ke udara setelah Muller berjaya menanduk msuk gol pertama. Terlalu bingit bunyinya, seakan2 menekan2 gegendang telinganya. Belang terkejut
Jika beliau mempunyai tangan, sudah lama ia menutup telinga, namun apakan daya, sebagai seekor kucing, ia hanya dikurniakan 2 pasang kaki. Tapi Alhamdulillah, sekurang2nya dia xde tangan untuk melakukan maksiat. Belang ketika macho
Belang berasa pelik. Apalah sangat yg digilakan manusia itu. Belang cuba melihat-lihat apa yg ditonton manusia itu. Pelik. Tiada apa yg menghiburkan. Cuma kelihatan gambar-gambar yg bergerak. Dia merenung lagi tv itu, gambar itu bergerak2 lagi, kelihatan ada sekawan manusia yg berebutan sebijik bnda putih. Lalu kucing itu berlalu, di hatinya masih terdapat lagi persoalan untuk mengenali bnda putih trsebut. Kebetulan kawannya, Tompok, juga berada di tempat kejadian. Adakah ini yg 'bnda putih' yg dimksdkan Belang?

"Assalamualaikum Tompok, aku pelik la, manusia2 tu tngh watpe ea??. Terkejar2 bnda putih tu. Dh kejar pastu disepak2 pulak bnda putih tu, haish, x bersyukur langsung. Dh dapat, pegang la ngan tangan, msti org laen x dpt punye", kata Belang sambil menggesel2kan idungnya ngn Tompok sbgai tnda bersalam.

"Larr, ko xtau ke, diorang tu tngh maen bola sepak la. Skrang ni kan musim bola sepak. Mmg la diorang sepak, dh nama pn bola sepak. Kalau pgg ngn tangan nnti foul plak,"kata Tompok sambil berjalan seiringan ngn Belang menuju ke kedai kopi terdekat.
Logo World Cup.Lambangnya terdapat konspirasi

"Satu lagi, apakah benda putih tersebut?. Hendak dikatakan telur, ia bulat, hendak dikatakan kuih, mereka sepak. Pelik2", ujar Belang lagi sambil menguji kekuatan tatabahasanya.

"That is a ball. U don't know that my fwenz", say Tompok with speaking2.

"Lorr, new i know, i think what is it just now. i weird la",kata Belang dlm keadaan broken englishnya.

Mereka tiba di kedai kopi tersebut.

"Apa mau makan??,cicak gulai ada, tikus goreng ada, lipas sup ada",tanya tuan warung yg berasal dari bangladesh.

"Roti canai kuah gulai cicak dua,"mintak Tompok.

Mereka mengambil tempat masing2, Tompok dan Belang mengambil tempat di hadapan tv. Hajat di hati nk tngk preview prlawanan semalam antara Argentina n Germany. Kebetulan kawan Tompok iaitu Tomak juga berada di situ. Maka berlakulah perbualan antara mereka. Tomok dan Belang
"Ape la team argentina ko tompok, kate ad best player(Messi), tpi satu gol pn x score..haha", sindir Tomak sambil ketawa. Messi x menjadi pada world cup kali ni
Tomak memang sedikit nakal tetapi beliau mmpunyai suara yg merdu umpama pnyanyi kmpulan remaja, Newsboy. Tomak(4 dari kiri)
"Ye la, xde rezeki la tu. X semestinya dia best player dunia, dia bleh jdi top scorer world cup, x smstinya org yg x prnh score tu x bleh jadi top scorer world cup, x smstinya org yg berada di atas tu akan selalu berada di atas, dan x smstinya org yg berada di bwh tu akan sntiasa di bawah. Contohnya, ko tngk pemain hebat2 laen cm Rooney, Torres, Henry, Drogba, n Ronaldo, brape sngt lah diorang score. Ko tngh Heinze plak, maen beck je, tpi bleh score, tu la rezeki dia. Ingatlah kita ni kucing je, hanya makhluk Allah, jgn prnh berasa takabbur dan riak. Sesiapa yg ada rasa takabbur dalam dirinya walau sedikit x akan msuk syurga tau x..."jelas Tompok dngn panjang lebar.Tomak terkesima, insaf, terkedu, terduduk, dan ada sedikit marah krana di'sound' begitu dihadapan org ramai di kedai kopi tersebut. Tomak bangun dan mencakar2 Tompok yg menyakitkan hati itu. Muka Tomak ketika marah Cekik-mencekik berlaku Tomak smpat menhadiahkan satu tendangan percuma kepada Belang

Preview perlawanan semalam sudah bermula. Masing2 membatukan diri bagi menghayati detik2 gol semalam. Tompok dan Tomak sudah berhenti bergaduh.
Harini Belang mendapat banyak pengajaran:
1.Benda putih itu adalah bola.
2.Bersyukur dengan 2 pasang kaki yg diberi, klu ad rezeki bleh wat skill cm Ronaldo. Mungkin lebih lagi sbb Ronaldo ad 2 kaki je.
3.Janganlah kita bersikap takabur atau yg sewaktu dngannya. Hidup ini bagaikan roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah.4.Jangan memalukan makhluk laen. Nanti kena belasah.

p/s:segala watak dan cerita di atas tiada kena mengena dengan hidup ataupun yg telah mati serta yg sewaktu dengannya.sesape yg terase, padan muke..sape mkn cili dia yg terasa pedasnya.

sekian, wasalam, nukilan,


2 comments:

Faris CJ said...

aku rasa macam diperli jer..

Sang Pemimpi said...

apsal lak..ak nk wat crito laen sbnrnya..tpi terkeluar psl crito ni plak